mengatur diri ke arah kebaikan
berubah mudah mengekalkannya sukar
moga dikuatkan iman dan semangat
untuk kehidupan yang terbaik didunia dan akhirat
status diri yang juga mahu diubah
dari bujang ke suami orang
bukan mencari yang terbaik untuk diri sendiri
tetapi yang terbaik untuk semua yang berkaitan
seseorang yang ingin dicari
seorang yang bakal manjadi anak kepada ibu
seorang yg bakal manjadi ibu kepada anak-anak
jua, seorang hamba yang taat kepada-NYA
mencari yang terbaik
atau yang boleh dijadikan yang terbaik?
tetapi sebelum itu, diri sendiri yang perlu yang terbaik
jika mahu kan yang terbaik...
masa terus berlalu
adakah usaha yang diusahakan
adakah harapan yang diharapkan
atau sekadar hanya kata-kata penyedap hati
orang terus menilai
orang terus memberi hukuman
orang terus ramalan masa hadapan
tetapi sedarkan siapa yang lebih mengetahui?
dikelilingi insan-insan hebat
mengenali insan-insan ini dari bertatih
semakin berjaya dan hebat dalam bidang
tersenyum bangga melihat kejayaan mereka
jangan ditanya dimana arah tujuan
kerana tiada jawapan diketika ini
hanya mahu meneruskan kehidupan
walau kekadang terasa bosan
memahami dan difahami
ada masa kita perlu memahami
tetapi perlu di ingat..
yang memahami juga perlu difahami..
orang akan terus meninggalkan kita
tiada yang akan kekal bersama
biar bagaimana keadaanya
hanya berbeza jangka lama mana bersama..
karutan demi karutan
terus menerus tanpa difahami
abaikan sahaja semua
maaf, untuk masa yang telah dibazirkan
1 comment:
:-)
Post a Comment