Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Bismillāhirraḥmānirraḥīm|بِسْـ ـــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bismillāhirraḥmānirraḥīm|بِسْـ
masa berlalu.. dan akan terus berlalu..
2013 ditinggalkan dan mula menempuh 2014..
2014 means umur aku akan terus meningkat ke 31 (tp ujung thn laa).. yer aku tau.. ianya akan terus menjadi persoalan org2 tua dan org2 yg jeles dgn keBUJANGSENANGan aku nie.. hehehehe.. aku tetap berusaha tp biarlah aku menerima ketetapanNYA..
2014 dan azam baru?
tiada azam baru tercipta.. hanyalah meneruskan kehidupan agar lebih baik dr sebelumnya.. rasanya aku dah menetapkan azam baru tue masa maal hijrah tue.. poyo x? hehehe.. begitu aku xmenetapkan apa2 azam pd sblm ini.. hanyalah meneruskan azam thn2 sudah yg aku lupa ape yg aku azamkan.. heheheh.. cuma aku harapkan 2014 memberi sinar baru dalam hidup aku
terniat dihati untuk mengerjakan umrah pada thn ini.. tetapi timbul persoalan dibenak fikiran.. mak penah mencadangkan aku untuk terus mengerjakan haji bersama yer.. bila dia dah bersedia.. dia akan memohon rayuan dan mahram yg dicadangkan adalah aku.. timbul kerisauan aku jika mengerjakan umrah dulu dan tak sempat nak kumpul semula untuk mengerjakan haji bersama mak.. mak kata dlm sethn dua nie.. in sha ALLAH dia akan bersedia.. entah laaa.. nampak gayanya aku tangguhkan dulu hajat nak buat umrah dan menunggu untuk mengerjakan haji bsama mak skali.. in sha ALLAH..
2013 aku tinggalkan dengan suka duka.. ada perkara yg baik dikenang dan ada perkara yg baik untuk dilupakan.. semua meninggalkan tauladan dan kenangan.. untuk meneruskan hidup di masa2 akan dtg..
menulis lagi.. aku akan pastikan aku terus menulis (menaip) lg.. semoga aku dikurniakan sifat yg rajin untuk update blog aku nie.. bkn hanya untuk diberitahu kpd kalian.. tetapi sebagai rujukan dan kenangan aku dimasa2 akan dtg.. di kala aku menjadi pelupa dan dikala aku memerlukan senyuman mengenangkan kejadian sebelumnya.. kepada teman2 yg lain.. teruskan minat kalian utk menulis (menaiplaaa).. kerana aku masih menunggu kalian untuk update blog korg (",)
sekian dulu.. wassalam..
pergilah sejauh mana yang kau mampu... kau tetap dekat dihatiku
No comments:
Post a Comment