jika ada kesudian..
terimalah perjelasan aku dahulu
tetapi jika itu mengundah ketidak senangan hatimu
dan hanyalah mengeruhkan keadaan
aku mohon jutaan ampun maaf
dan kisahnya..
kembalinya aku dari petrol pam..
kendengaran tawa dari kalian berdua..
terdetik dihati aku
bertapa mudahnya engkau menyesuaikan diri
bertapa mudahnya engkau ceria dan bergurau
bertapa mudahnya engkau ketawa
dengan orang yang baharu engkau kenali
tidak seperti diriku dan orang lain
aku mencari ayat sesuai untuk mengambarkan perkara itu
dan memikirkan ikatan persahabatan yang aku kira kuat
aku memilih untuk bergurau
dan kata kata yang terucap
"Aok sokmola kalau dengan “kawan baru” koi jer mula la nak mengutuk koi”
dan cerita dipulau peranginan itu dijadikan modal
apabila engkau membalas semula kata kata itu..
dan DEMI ALLAH..
tiada pertuduhan yang aku mahu lakukan
hanya gurauan senda yang aku inginkan
gurauan yang aku kira tidak melukakan hati sorang sahabat
tetapi tanpa sedar.. hakikatnya.. ianya sebaliknya..
yang mampu menjadi alat pemutus ikatan persahabatan ini
dan DEMI ALLAH
ini bukanlah alasan
bukan sekadar mempertahankan diri
bukan menidakan kesalahan aku
dan bukan ingin menyalahkan sesiapa
perkara yang sebenar
yang aku ingin jelaskan
yang aku ingin engkau tahu
sejujurnya tanpa putarbelit
semada engkau menerima atau tidak
sememangnya aku masih tertanya tanya sehingga kini
kisah sebenar dipulau perangian itu
dan tiada siapa yang mahu menceritakannya
bukan aku tidak boleh memaafkan sesiapa yang bersalah dalam hal itu
tetapi perkara itu membuat aku tertanya tanya sehingga kini
aku hanya inginkan cerita dan perjelasan
dan bukannya ingin menyalahkan sesiapa
yang mana aku sedar dan masih menerima keadaan aku sebelum ini
tetapi tidak mengapalah.. kita simpan sahaja cerita itu..
aku redha ianya tidak perlu diceritakan kepada aku
bukan aku ingin membongkar semula kisah kisah yang hampir lupus itu
cuma aku ingin suarakan perkara yang tidak lepas dihati
yang selama ini terpendam jauh disudut hati
berbulan lamanya aku mencari kekuatan ini
kekuatan untuk menjelaskan
dan kekuatan untuk memohon ampun maaf
yang mengharapkan engkau menerima perjelasan ini
andai perjelasan ini hanyalah mengeruhkan keadaan
aku mohon ampun maaf yang teramat sangat
ya.. aku tiada mampu untuk mengucapnya
hanya kekuatan aku disini
untuk aku zahirkan mohon ampun maaf
sekadar dibaca dan tiada dapat didengari
maafkanlah aku atas ketidaksempurnaan aku ini
tiada simpati yang dipohon
jika perlu dihukum
insya ALLAH aku cuba menerima
mohon jutaan ampun maaf..
dari seorang yang mengharapkan SAHABAT
bukan "mantan sahabat"
No comments:
Post a Comment