Monday, October 25, 2010

mOhOn ampUN mAAf

berjuta keampunan diminta
bukan niat dihati untuk menuduh
hanyalah gurauan untuk memeriahkan suasana
ayat ayat yang keluar sekali lagi disalah erti kan
namun.. terlajak kata yang tidak mungkin dapat diundurkan
dan.. memang terlalu terlambat untuk memohonan kemaafan

perjelasan yang diminta..
tetapi jika sukar dijelaskan.. simpan sahaja
tidak perlu membongkar kisah kisah lama
agar tiada air mata mu yang akan berguguran
akan aku cuba menerima kenyataan yang begitu jelas

maafkan aku..
maafkan aku..
maafkan aku
hanya kedengaran didalam lubuk hatiku
mengapa tidak kedengaran jauh kedalam hati mu
sebagaimana hati mu mendengar kata kata yang memedihkan itu
ya.. terlalu pedih kata kata itu sehingga kemaafan tidak kedengaran
tidak didengari tidak dirasai tidak dapat dilihat
maafkan aku..

naifnya aku
bebalnya aku
bodohnya aku
agak susah mengucapkan kemaafan itu
kekesalan yang begitu menebal aku rasakan
namun semua itu sudah tiada maknanya..

janganlah engkau risau
tiada aku melupakan segala gala nya
di saat saat aku menghadapi PMR
sehinggalah ayat ayat itu menguris hati
tiada aku lupa kan siapa disisi
tiada perkara yang perlu aku ungkitkan
tiada perkara yang perlu aku maafkan
kerana selain ALLAH..
aku yang memerlukan engkau bukan sebaliknya
aku yang banyak menyusahkan engkau dan bukan jua sebaliknya
aku sedari perkara itu sejak dahulu..
dan tidak mungkin aku alpa perkara itu
walau beribu yang datang mendekati diriku ini

kecewanya aku..
punca dari aku cermin itu pecah
sedihnya aku
cermin tidak mungkin dapat dibaiki
kesalnya aku
cermin itu tidak mungkin kembali asal..

No comments: